Selasa, 2 April 2013

PUSAT RAWATAN IKHTIAR RABBANI



Assalamualaikum...

Selamat datang ke blog Pusat Rawatan Ikhtiar Rabbani...

Jika anda mengalami / terkena / menderita kerana suatu penyakit yang membuat fikiran 
anda  terganggu!!! Sudah  puas  berusaha  dan  berikhtiar  dengan pelbagai  perubatan
moden atau pun tradisional, malah tiada jalan untuk sembuh!!!
Jangan  khuatir  dan  susah  hati, perlu diingat, perawat, doktor, ubat-ubatan, air jampi
tiada  kuasa  langsung  di dalam  penyembuhan  sebarang penyakit.Hanya Allah Ta'ala
sahaja yang mempunyai kuasa mutlak.
Sesungguhnya  segala  penyakit  ada  penawarnya  kecuali  tua  dan  mati.  Al-Quran
sebagai  mukjizat  menjadi penawar / penyembuh  penyakit zahir dan batin. Kita perlu
berusaha dan kepadanya jua kita bertawakkal.

Tanda-Tanda Terkena Sihir
 1. Badan terasa bisa-bisa, tajam seperti dicucuk jarum, gatal, miang-miang dll. 
 2. Berlaku kemurungan, sakit bila menziarahi orang sakit atau meninggal dunia.
 3. Sakit dada, kepala dan seluruh badan selepas waktu asar ke atas.
 4. Terasa sesuatu bergerak di bawah kulit atau bahagian badan menyebabkan 
     kurang selesa.
 5. Demam / batuk berpanjangan, walaupun telah berjumpa doktor.
 6. Keuzuran / haid berpanjangan, melebihi 15 hari atau secara tiba-tiba bila
     hendak melakukan aktiviti persetubuhan.
 7. Mandul, walaupun telah dibuat pemeriksaan secara moden didapati
     tiada masalah dan normal.
 8. Suami / isteri kerap bertengkar walaupun perkara kecil dan rindu merindui
     bila berjauhan.
 9. Sukat mendapat jodoh biarpun kerap bercinta. Benci secara tiba-tiba.
10.Sakit mental atau gila secara tiba-tiba pada hal sebelumnya waras / aktif.
11.Gagal melakukan hubungan kelamin / nafsu seksual yang melampau.
12.Sayang melampau tanpa sebab pada orang yang baru dikenali.
13.Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi, berjalan di dalam hutan, tempat
     kotor dan mimpi terbang.
14.Terlalu rendah diri dan tidak yakin, kuat berangan-angan ke arah yang 
     karut marut.
15.Duit selalu hilang walaupun disimpan di tempat yang tidak diketahui orang.
16.Tidak tenang berada di rumah dan lebih suka bila berada di luar rumah.
17.Mendengar orang memanggil nama atau memberi salam.
18.Selalu terlihat kelibat atau lembaga di rumah / terasa selalu diperhatikan.
19.Tidak dapat tidur bila bulan mengambang.
20.Malas melakukan rutin harian-Solat,membaca al-quran dan zikir.
21.Panas, gelisah, kurang selesa bila membaca / mendengar al-quran/azan.
22.Bayi suka keseorangan, suka / menangis tanpa diketahui sebabnya.
23.Mimpi melihat binatang seperti ular, binatang buas dan sebagainya.
24.Bermimpi orang menyerah / menyusukan bayi.
25.Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba, jualan merosot / kakitangan
     berbalah sesama sendiri.

                                                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan